Sabtu, 22 November 2008

Bila yoga diharamkan...

YOGA, satu istilah yang sinonim dengan gaya senaman tersendiri mutakhir ini. Jika dulu ia terbatas kepada kaum tertentu, kini pelbagai pihak cuba mengamalkannya kerana dikatakan mendapat ketenangan melalui senaman itu.

Faktor kesihatan dan ketenangan yang diperoleh melalui senaman yoga menyebabkan masyarakat berbilang agama termasuk umat Islam tertarik dan melakukan aktiviti terbabit. Tetapi apa sebenarnya yoga?

Kamus Dewan (Edisi Keempat) menyatakan yoga ialah sistem falsafah Hindu yang bertujuan menyatukan diri dengan tuhan dengan mengheningkan fikiran (seperti dengan bertafakur) melalui beberapa senaman gerak badan dan fikiran.

Ia juga membawa maksud senaman pelbagai cara untuk menenangkan fikiran, seperti bertafakur, terutama satu siri senaman gerak badan yang bertujuan mewujudkan keadaan badan dan fikiran yang sihat.

Menurut sebuah ensiklopedia, yoga merujuk kepada disiplin tradisional berkaitan fizikal dan mental yang berasal dari India; matlamat yang dicapai melalui disiplin ini; dan satu dari enam fahaman ortodoks (astika) dalam falsafah Hindu.

Istilah yoga dalam bahasa Sanskrit, berasal dari kata yuj, memberikan banyak makna seperti mengawal, menggalas dan menyatukan. Terjemahannya termasuk bergabung, bersatu, kesatuan, penghubung, jalan atau cara.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, berkata Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan.

Yoga dikatakan mempunyai beberapa cabang, antaranya Raja Yoga, Karma Yoga, Jnana Yoga, Bhakti Yoga dan Hatha Yoga.

Raja Yoga disusun dalam Sutra Yoga Patanjali dan dikenali sebagai yoga dalam konteks falsafah Hindu adalah sebahagian tradisi Samkhya.

Banyak teks Hindu membincangkan aspek yoga, termasuk Veda, Upanishad, Bhagavad Gita, Hatha Yoga Pradipika, Shiva Samhita dan pelbagai Tantra.

Di luar India, istilah yoga sering disamakan dengan Hatha Yoga dan gaya posisi tubuh (asana) atau suatu bentuk senaman. Seorang pengamal Yoga dipanggil Yogi (uniseks) atau Yogini (perempuan).

Senaman yoga yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Bagaimanapun, kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dikhuatiri boleh memesongkan akidah bagi mereka beragama Islam yang mengamalkannya.

“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu,” kata Zakaria.

Ketika kebanyakan amalan mistik kuno secara samar-samar diisyaratkan dalam Veda, amalan pertapaan dirujuk dalam Brahmaas.

Rig Veda, teks Hindu paling awal menyatakan amalan terbabit. Pengawalan minda dan pernafasan dipercayai diamal sejak zaman Vedic (zaman Vedic ialah zaman dalam sejarah India sepanjang Veda, teks Hindu yang paling lama digubah).

Penulis popular mengenai yoga, Georg Feuerstein mempercayai yoga menjadi asas kepada upacara Vedic, khususnya untuk ratib zikir suci.

Dalam Upanishad, rujukan yang awal terhadap meditasi dibuat dalam Brihadaranyaka Upanishad, satu daripada Upanishad yang terawal.

Sumber naskhah utama bagi mengembangkan konsep yoga adalah pertengahan Upanishad, Mahabharata, termasuk Bhagavad Gita dan Sutra Yoga Patanjali.

Beberapa pengesahan ditemui di kawasan Peradaban Lembah Indus memaparkan gambaran dalam yoga atau meditasi seperti gaya posisi tubuh, ‘satu bentuk disiplin ritual, yang mencadangkan yoga’ iaitu titik kepada pemujaan Harappan kepada ‘disiplin ritual dan konsentrasi’, menurut ahli arkeologi Gregory Possehl.

Bhagavad Gita (Nyanyian Tuhan), menggunakan terma yoga dengan meluas dalam pelbagai cara. Sebagai sesuatu yang ditambah kepada seluruh bab (ch 6) mendedikasikan kepada amalan yoga tradisional, termasuk meditasi, ia memperkenalkan tiga jenis yoga yang menonjol, iaitu Karma yoga (yoga tindakan/aksi), Bhakti yoga (yoga pemujaan) dan Jnana yoga (yoga pengetahuan).

Madhusudana Sarasvati, seorang ahli falsafah India dalam tradisi Advaita Vedanta (aliran falsafah Hindu) membahagikan Gita kepada tiga seksyen, dengan enam bab pertama berkaitan Karma yoga, enam pertengahannya dengan Bhakti yoga dan enam yang terakhir dengan Jnana.

Pengkritik lain menyifatkan yoga yang berbeza pada setiap bab, dengan menggariskan lapan belas yoga berbeza.

Hatha Yoga adalah sistem yoga khusus digambarkan oleh Yogi Swatmarama, penyusun Hatha Yoga Pradipika pada kurun ke-15 India.

Hatha Yoga berbeza dari yoga Raja Patanjali kerana ia memfokus terhadap shatkarma (merujuk kepada amalan yoga membabitkan penyucian tubuh badan) penyucian fizikal badan sebagai peneraju kepada penyucian minda (ha) dan pernafasan (prana) atau tenaga yang penting (tha).

Dibandingkan dengan gaya posisi tubuh yang duduk atau berdiri, yoga Raja Patanjali, ia menandakan pembangunan gaya posisi tubuh sebagai gaya sepenuh badan yang kini menjadi popular.

Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut, ketika mengkritik persoalan ini membabitkan umat Islam, berkata senaman yoga perlu diharamkan kerana bercanggah dengan akidah, syariat serta akhlak Islam dan wajib ditinggalkan individu yang sudah mengamalkannya.

Bahkan menurutnya, mereka yang terbabit dengan aktiviti itu perlu segera bertaubat kepada Allah kerana sudah melakukan perkara yang salah di sisi Islam.

“Bukan saja pengamal yoga, malah pengusaha pusat kecergasan yang beragama Islam juga perlu menghentikan perkhidmatan senaman ini kerana ia bercanggah dengan Islam dan boleh memesongkan akidah.

“Keputusan mengharamkan senaman ini juga tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia bertujuan menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam,” katanya.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) ada mengeluarkan fatwa mengenai yoga, dengan mengklasifikasikannya sebagai perkara bidaah yang menyesatkan.

“Yoga adalah antara perkara bidaah yang digolongkan ke dalam bidaah dhalalah. la mengandungi unsur agama Hindu.

Segala perkara yang mengandungi unsur syirik dan boleh merosakkan kepercayaan (iktikad) seperti yang menganjurkan kepada persemadian kepada yang bukan mengingati Allah adalah dilarang dan hukumnya haram.”-myMetro

SRT: Aku setuju kalu nak haramkan yoga ke atas umat Islam..tp tolongla sediakan alternatif skali..kenalpasti nape umat Islam wat yoga ni..mgkn sbb utk carik ketenangan jiwa..atau nak exercise je ke..atau suke2 je..dan sediakan alternatif..jgn tau halal dan haramkan je..barula org ikut..

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Aku setuju kalu nak haramkan yoga ke atas umat Islam..tp tolongla sediakan alternatif skali..kenalpasti nape umat Islam wat yoga ni..mgkn sbb utk carik ketenangan jiwa..atau nak exercise je ke..atau suke2 je..dan sediakan alternatif..jgn tau halal dan haramkan je..barula org ikut.."


Sediakan alternatif? Apa maksudnya ni? Bukankah berjoging, bertai chi, bersenamrobik, brisk walking, jungle trekking, dan juga bersolat tu menyihatkan badan juga? Adakah rakyat Malaysia ni terlalu bodoh sampai perlu diberitahu apa alternatif kepada yoga sedangkan alternatif-alternatif tu sudah lama dipraktikkan dan berlambak banyaknya?

Jadi, kalau kita yakin rakyat Malaysia ni berpelajaran & pandai berfikir, mengapa pula perlu kita minta Majlis Fatwa/Ulama’ untuk pergi lebih jauh & tunjukkan lagi apa yang halal & haram? Mereka bercakap bukan dengan budak-budak, tetapi orang dewasa macam kita ni. Orang dewasa yang sepatutnya sudah tahu apa yang bagus & tidak bagus, apa yang halal & haram!

Dalam hal yoga ni, Majlis Fatwa/Ulama’ menjadi penyelesai masalah & kekeliruan sama ada yoga ini ada kaitan dengan agama Hindu atau tidak. Majlis Fatwa hanya badan pemutus hukum terakhir di negara kita. Masalah-masalah atau fenomena-fenomena masyarakat yang dibawa ke perbincangan majlis ini adalah setelah benda itu berlaku dalm masyarakat (mungkin dalam 1-2 tahun). Kalau Majlis ni hanya “tahu halal dan haramkan je” mengikut kata kau, maka bukan setakat yoga, malah banyak benda lain dah difatwakan dari permulaan masalah tu! Ha, nanti ayat yang sama juga akan keluar dari kau. :-P

INGAT: Semua benda di dunia ini adalah halal buat umat manusia melainkan dinyatakan sebaliknya di dalam Al-Quran dan Hadis (dan juga ijtima' ulamak).

Kalau nak tahu sama ada alternatif lain tu hala atau tidak, (maaf cakap) gunakan KEPALA OTAK untuk berfikir. Dari fatwa yang dikeluarkan, jelas aktiviti senaman yang ada unsur-unsur agama selain Islam perlu dijauhi. Jadi, semak sama ada berjoging, bertai chi, bersenamrobik, brisk walking, jungle trekking itu ada unsur-unsur tersebut. Rasanya tak susah nak dapatkan jawapan, ‘kan?


Setakat tu dulu komen aku. Nanti aku sambung berkenaan kenapa orang suka sangat Yogi Bear….oppsss…yoga ni.

Tanpa Nama berkata...

“Tujuan mendapatkan fatwa ialah untuk mendapat jawapan kepada persoalan yang samar-samar atau baru yang belum pernah wujud dizaman Nabi, sahabat dan tabiin yang lalu. Ulama-ulama kini mestilah berijtihad dan berkias dengan dalil-dalil yang ada didalam alQuran dan hadis serta pendapat ahli sunnah wal jamaah.

Rasuah, hukuman tanpa bicara, khianat dan sebagainya sudah jelas haram dan salah disisi Islam. Tak payah minta fatwa atau nak suruh ulama ijtihad hukumnya dah sahih haram. Yoga dan penkid ni mungkin tak pernah wujud pada zaman dahulu atau dulunya diberi nama lain. Penjelasan perlu dibuat kalau tidak umat akan terus bergelumang dengan maksiat dan boleh membawa kapada syirik.

Tapi kalau ada orang yang alim nak kata yoga tu harus, mereka perlulah bawa dalil yang sahih. Janganlah kerana kita dah terlanjur dan seronok dengan yoga maka kita nak paksa ulama mengatakan yoga itu halal. Mereka yang kata aqidah mereka tidak terjejas kerana beryoga mesti sedar banyak syirik yang berlaku dengan tidak disedari samada melalui kata-kata, perbuatan malah niat juga boleh membawa kepada syirik. Perkara yang syak itu perlu dihindari dan jangan diamalkan.

Apa yang perlu kita buat sekarang ialah mencari dari sejarah apa jenis riadah yang dilakukan oleh Nabi dan sahabat yang boleh menambah baik kesihatan mereka. Apakah makanan dan cara makan yang dianjurkan oleh Islam untuk kesihatan tubuh badan.”



Itu salah satu komen berkenaan pertikaian orang ramai berkenaan fatwa. Jelas dan nyata. Ha, terlanjur dia cakap pasal petua, ni aku terjumpa satu petua berkenaan “mandi songsang”: http://mindataqwa.blogspot.com/2007/12/rahsia-kebaikan-mandi-songsang.html

Pemuda Kahfi berkata...

Well kapten F..tq for ur komen..wlpn bersifat sinikal..tp itu pendapat ko kan?sbb aku ckp cmtu bknla sbb aku saje2 je ckp..atau bodoh2 je aku ckp..aku ckp in general..

orait..pd aku..kite kene tau sebab utama org2 ni membuat yoga..org2 ini membuat yoga..kalu setkt nk bersenam je..mcm2 bende boleh wat..mcm ko kate td..dgn berjogging,bersukan dll..bykla bende leh wat..mcm xde sukan lain dlm dunia ni..

Dan cube kite teliti balik..sape yg wat yoga ni?org bandar ke org kg?ade ke org kg wat yoga ni..setau aku xde..kalu ade pun..mgkn org tu berajaran hindu je..sori aku x suke sebut agame..sbb agame bg aku satu je..AGAMA ISLAM..yg lain sume ajaran je..kite tgk org bandar yg wat ni org ade2 je..aku pinjam ayat dr cite bujang lapok..mksdnye org2 yg berade dan mempunyai pendapatan yg tinggi..org kate elit la senang cite..jd ape sbb yg mendorong diorg wat yoga ni?sbb kesihatan ke?well..itu general sgt..sbb nk bersenam je ke?aku rase x..

Kite tgk yoga ni matlamat utama die adela menenangkan jiwa,mengawal pernafasan atau org cina pggl 'qi' disamping dpt menjage kesihatan bla3..nmpk?menjage kesihatan adela sampingan je..yg pntg menenangkan jiwa..ape dlm Islam yg kite anuti ni xde ke care utk menenangkan jiwa?ade..cume kite je xmo pakai..dan xmo amik tau pn..kalu dh hidup terumbang-ambing..wat dose siang mlm..mmgla kacau jiwa tu..mcmane hati tu nk tenang?

Pegang ayat Tuhan yg berbunyi:
Hanya mengingati Allah..maka hati itu akan tenang..

Pemuda Kahfi berkata...

Mmg betul ckp ko kapten..ramai org Malaysia berpelajaran & pandai berfikir..tp x semestinye menjamin org2 kite ni yg ada akal dan ada hati..byk je yg kite tgk kebenaran ape yg aku ckp ni..mane2 ade..xyah ckpla..pjg lebar jdnye nnt..kalu kite ade akal..lu pikirla sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Aik.....sendiri tanya, sendiri sudah ketemu jawapan & sendiri sudah jawab? Nampaknya tak payah la aku komen lagi. :-P

Pemuda Kahfi berkata...

Sbb aku tau korg xleh jawabnye..sbb tuhla aku yg kene jawab..hehehe:D