Sabtu, 22 November 2008

Bila yoga diharamkan...

YOGA, satu istilah yang sinonim dengan gaya senaman tersendiri mutakhir ini. Jika dulu ia terbatas kepada kaum tertentu, kini pelbagai pihak cuba mengamalkannya kerana dikatakan mendapat ketenangan melalui senaman itu.

Faktor kesihatan dan ketenangan yang diperoleh melalui senaman yoga menyebabkan masyarakat berbilang agama termasuk umat Islam tertarik dan melakukan aktiviti terbabit. Tetapi apa sebenarnya yoga?

Kamus Dewan (Edisi Keempat) menyatakan yoga ialah sistem falsafah Hindu yang bertujuan menyatukan diri dengan tuhan dengan mengheningkan fikiran (seperti dengan bertafakur) melalui beberapa senaman gerak badan dan fikiran.

Ia juga membawa maksud senaman pelbagai cara untuk menenangkan fikiran, seperti bertafakur, terutama satu siri senaman gerak badan yang bertujuan mewujudkan keadaan badan dan fikiran yang sihat.

Menurut sebuah ensiklopedia, yoga merujuk kepada disiplin tradisional berkaitan fizikal dan mental yang berasal dari India; matlamat yang dicapai melalui disiplin ini; dan satu dari enam fahaman ortodoks (astika) dalam falsafah Hindu.

Istilah yoga dalam bahasa Sanskrit, berasal dari kata yuj, memberikan banyak makna seperti mengawal, menggalas dan menyatukan. Terjemahannya termasuk bergabung, bersatu, kesatuan, penghubung, jalan atau cara.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, berkata Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan.

Yoga dikatakan mempunyai beberapa cabang, antaranya Raja Yoga, Karma Yoga, Jnana Yoga, Bhakti Yoga dan Hatha Yoga.

Raja Yoga disusun dalam Sutra Yoga Patanjali dan dikenali sebagai yoga dalam konteks falsafah Hindu adalah sebahagian tradisi Samkhya.

Banyak teks Hindu membincangkan aspek yoga, termasuk Veda, Upanishad, Bhagavad Gita, Hatha Yoga Pradipika, Shiva Samhita dan pelbagai Tantra.

Di luar India, istilah yoga sering disamakan dengan Hatha Yoga dan gaya posisi tubuh (asana) atau suatu bentuk senaman. Seorang pengamal Yoga dipanggil Yogi (uniseks) atau Yogini (perempuan).

Senaman yoga yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Bagaimanapun, kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dikhuatiri boleh memesongkan akidah bagi mereka beragama Islam yang mengamalkannya.

“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu,” kata Zakaria.

Ketika kebanyakan amalan mistik kuno secara samar-samar diisyaratkan dalam Veda, amalan pertapaan dirujuk dalam Brahmaas.

Rig Veda, teks Hindu paling awal menyatakan amalan terbabit. Pengawalan minda dan pernafasan dipercayai diamal sejak zaman Vedic (zaman Vedic ialah zaman dalam sejarah India sepanjang Veda, teks Hindu yang paling lama digubah).

Penulis popular mengenai yoga, Georg Feuerstein mempercayai yoga menjadi asas kepada upacara Vedic, khususnya untuk ratib zikir suci.

Dalam Upanishad, rujukan yang awal terhadap meditasi dibuat dalam Brihadaranyaka Upanishad, satu daripada Upanishad yang terawal.

Sumber naskhah utama bagi mengembangkan konsep yoga adalah pertengahan Upanishad, Mahabharata, termasuk Bhagavad Gita dan Sutra Yoga Patanjali.

Beberapa pengesahan ditemui di kawasan Peradaban Lembah Indus memaparkan gambaran dalam yoga atau meditasi seperti gaya posisi tubuh, ‘satu bentuk disiplin ritual, yang mencadangkan yoga’ iaitu titik kepada pemujaan Harappan kepada ‘disiplin ritual dan konsentrasi’, menurut ahli arkeologi Gregory Possehl.

Bhagavad Gita (Nyanyian Tuhan), menggunakan terma yoga dengan meluas dalam pelbagai cara. Sebagai sesuatu yang ditambah kepada seluruh bab (ch 6) mendedikasikan kepada amalan yoga tradisional, termasuk meditasi, ia memperkenalkan tiga jenis yoga yang menonjol, iaitu Karma yoga (yoga tindakan/aksi), Bhakti yoga (yoga pemujaan) dan Jnana yoga (yoga pengetahuan).

Madhusudana Sarasvati, seorang ahli falsafah India dalam tradisi Advaita Vedanta (aliran falsafah Hindu) membahagikan Gita kepada tiga seksyen, dengan enam bab pertama berkaitan Karma yoga, enam pertengahannya dengan Bhakti yoga dan enam yang terakhir dengan Jnana.

Pengkritik lain menyifatkan yoga yang berbeza pada setiap bab, dengan menggariskan lapan belas yoga berbeza.

Hatha Yoga adalah sistem yoga khusus digambarkan oleh Yogi Swatmarama, penyusun Hatha Yoga Pradipika pada kurun ke-15 India.

Hatha Yoga berbeza dari yoga Raja Patanjali kerana ia memfokus terhadap shatkarma (merujuk kepada amalan yoga membabitkan penyucian tubuh badan) penyucian fizikal badan sebagai peneraju kepada penyucian minda (ha) dan pernafasan (prana) atau tenaga yang penting (tha).

Dibandingkan dengan gaya posisi tubuh yang duduk atau berdiri, yoga Raja Patanjali, ia menandakan pembangunan gaya posisi tubuh sebagai gaya sepenuh badan yang kini menjadi popular.

Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut, ketika mengkritik persoalan ini membabitkan umat Islam, berkata senaman yoga perlu diharamkan kerana bercanggah dengan akidah, syariat serta akhlak Islam dan wajib ditinggalkan individu yang sudah mengamalkannya.

Bahkan menurutnya, mereka yang terbabit dengan aktiviti itu perlu segera bertaubat kepada Allah kerana sudah melakukan perkara yang salah di sisi Islam.

“Bukan saja pengamal yoga, malah pengusaha pusat kecergasan yang beragama Islam juga perlu menghentikan perkhidmatan senaman ini kerana ia bercanggah dengan Islam dan boleh memesongkan akidah.

“Keputusan mengharamkan senaman ini juga tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia bertujuan menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam,” katanya.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) ada mengeluarkan fatwa mengenai yoga, dengan mengklasifikasikannya sebagai perkara bidaah yang menyesatkan.

“Yoga adalah antara perkara bidaah yang digolongkan ke dalam bidaah dhalalah. la mengandungi unsur agama Hindu.

Segala perkara yang mengandungi unsur syirik dan boleh merosakkan kepercayaan (iktikad) seperti yang menganjurkan kepada persemadian kepada yang bukan mengingati Allah adalah dilarang dan hukumnya haram.”-myMetro

SRT: Aku setuju kalu nak haramkan yoga ke atas umat Islam..tp tolongla sediakan alternatif skali..kenalpasti nape umat Islam wat yoga ni..mgkn sbb utk carik ketenangan jiwa..atau nak exercise je ke..atau suke2 je..dan sediakan alternatif..jgn tau halal dan haramkan je..barula org ikut..

Ahad, 16 November 2008

Pemimpin yang kukagumi..A Tribute to Tun Dr Mahathir Mohamad

Sape x kenal dengan tokoh ini?die bukan saje terkenal saje di Malaysia..tp di seluruh dunia..sebagai pemimpin paling 'outspoken' dan menentang segala dasar2 yg dikemukan yg Barat..melalui diela kite mengetahui bhw dasar globalisasi atau dasar langit terbuka yg dijaja oleh Amerika Syarikat mempunyai helah yg ckp kotor dimana secare ironinya segala perusahaan2 besar Amerika dan kroni2nye yg secara proksinye ditadbir oleh Yahudi akan menguasai pasaran ekonomi dunia dan akan menelan segala pesaing2 mereka yg baru naik dan masih kecil..Mengumpamakan spt perlawanan tinju heavyweight dgn lightweight..Ia adela satu persaingan yg tidak adil..

Ini kerana secare tak langsung Proton pun terlibat dalam percaturan ini..dan dasar ini amat merugikan Proton sendiri..mendatangkan kerugian kepada Proton bermaksud mendatangkan kerugian kepada negara..kerana Proton seperti mana kite tau adalah salah satu tonggak utama negara..selain dari Petronas,TNB,Telekom Malaysia dll..

Sape x igt peristiwa Dawn Attack di Bursa Saham London dimana berlakunya pengambilalihan Guthrie Corp. dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 7 September 1981 dan ia berjaya memulangkan 200,000 ekar tanah pertanian di seluruh negara kpd rakyat Malaysia.Dan juga Dasar Buy British Last pada tahun 1986 dimana pihak Britain secara angkuhnya menolak sumbangan Malaysia dalam menyumbang ekonomi negaranya padahal segala bahan mentah mereka import dari Malaysia.Dan beliau telah mengeluarkan arahan secara langsung mengarahkan kerajaan membeli barangan dari Britain apabila berasa benar2 perlu sahaja..secare x langsung memulaukan barangan made in Britain..dan ini memaksa Lord Cannings datang ke KL meminta maaf kepada Dr Mahathir..

Selain itu juga..beliau juga telah bertanggungjawab mengubah Malaysia daripada negara pertanian kepada negara perindustrian..selepas peristiwa kejatuhan ekonomi pada tahun 80-an dimana harga getah,bijih timah dan bahan2 mentah lain mengalami kejatuhan yang amat teruk dan menyebabkan Malaysia hampir2 bankrap pada ketika itu..dengan dasar perubahan yang amat drastik..beliau telah mengasaskan Proton pada tahun 1985 sebagai perintis ke arah menjadikan Malaysia sbg sebuah negara industri..

Karya2 beliau seperti Malay Dillema atau Dilema Melayu yang mengundang kontroversi yang hebat dan mengakibatkan beliau telah dipecat dari UMNO pada tahun 1969..di dalam buku ini beliau banyak mengutuk orang2 Melayu dan ini mengundang kemarahan Tunku Abdul Rahman..Selain itu..buku Melayu Mudah Lupa..buku ini banyak menceritakan secara terus-terang tentang kelakuan dan perangai orang2 Melayu..dari menjual tanah2 rizab Melayu kepada bangsa asing hinggalah perangai pelajar2 Melayu di IPTA yang sanggup mengabaikan pelajaran semate2 ingin menyertai politik2 kampus..dan banyak buku2 beliau lagi yang menceritakan tentang bangsa Melayu dan ekonomi negara..

Bagi aku..walaupun dalam buku2 beliau byk berbentuk sindiran dan kutukan kepada bangsa Melayu..sebagai orang melayu dan Islam,kite mestilah bermuhasabah diri dan mengkaji silap diri kita..walaupun terase..tp menggaggap bahawa itu adalah sebagai bentuk hinaan adela tidak patut..teguran boleh diwat dlm mcm2 cara..melalui sindiran,kutukan,hinaan dll..jd kite mestila always think positive..terima segala teguran dengan hati terbuka dan sanggup berubah untuk bangsa,agama dan negara..

p/s:wahai saudara2ku sebangsa dan seagama..marilah kite berubah sebelum keadaan mengubah kite..andainya perkare itu berlaku..amat2lah susah bg kite utk bgn semula..

Sabtu, 15 November 2008

SaLAm PeRkENaLaN KePAdA SeMuA..

Kepada sume surfer..selamat meninjau ke dalam blog pertame aku..memandangkan ini adalah blog yg pertame..menjadi tanggungjawab aku utk menaip..walaupun menaip sampai lebam..hehehehe:D..

Buat pertama kali aku menulis kat blog ni..diharapkan para pembace sume xdela rase canggung atau perasaan yg sewaktu dgnnye bile bace blog aku ni..segale teguran yang bersifat membina amat dialu2kan utk memperbaiki blog ini..dan kalu nk kutuk pun..agak2la bro..biarla yang membina..kalu smpi takat mencarut2..mmg kene pedasla dari aku..mgkn ramai x kenal aku..sbb aku x pnh tunjuk the black side of myself kat org lain selain famili aku..of coz la famili aku tau..dh ddk dr kecik smpi ke beso..

So..aku akan jadikan blog ni sebenarnye tmpt luahan perasaan aku dan jugak tmpt aku berkongsi ilmu,pengalaman dan iktibar..kerane setiap yg berlaku itu pasti ade hikmahnye..drpd aku pg cite kt org yg aku bru kenal..yg aku xtau hati budinye..baik aku cite kt dlm ni..biar org x kenal sape aku..tp dpt jugakla isi dan pengajaran yg cube aku cite sampai kat korg sume..


Well..prinsip hidup aku mgkn dah banyak berubah..byk transformasi telah berlaku keatas diri aku..omputih kate life is like a wheel..always changing..dan aku akuila pengalaman kali inila yang plg byk memberi kesan dlm hidup aku..sejak aku berpijak ke negeri S nila..boleh kate ade je perubahan yg berlaku keatas diriku..baik dr segi fizikal,mental dan rohani..tp yg byk memberi kesan adela mental dan emosi aku..terlalu byk peristiwa yg berlaku keatas aku spjg aku ade kt cni..dan sume ni aku anggap sbg ujian utk memantapkan diri aku..sekurang2nye dr dependent kpd independent..dr di jajah kepada kemerdekaan..biarla aku membuat keputusan aku sendiri..tanpa dipengaruhi oleh pihak2 lain..itu matlamat aku..

So..aku jugak ingin mengucapkan jutaan timekasih pd kengkawan aku disini..especially osmet2 aku dan jugak bks osmet aku selame 3 bulan lbh kerane memberi inspirasi dan pengajaran yg berguna spjg aku berade kat cni..aku akui pd mulenye bkn mudah berjauhan dr famili sendiri..apetah lg byk perkare didlm diriku dibentuk oleh mereka..baik yg baik ataupun yg buruk..bkn aku x terhutang budi pd mereka..tp aku rase sudah smpi masenye aku keluar merantau ke negeri org..utk melihat tmpt org..sblm ni aku sifatkan hidup aku umpame katak bwh tempurung..bak kate pak ude..pi mai pi mai tang tu..jd inila masenye utk aku mengembare mencari pengalaman hidup dan mencari identiti aku sendiri..sesuaila kate org jauh perjalanan..luas pandangan..dan aku tmbh skit lg..harap2 luasla pengalaman hidupnye..jadi ape yg org tua aku ajar dr dulu lg..yang baik aku jdkan pegangan..yg buruk jdkan sempadan..

@Sang Rajuna Tapa
2008