Selasa, 16 Disember 2008

Penyakit Kayap..Aduhh..bisanya..

Kali ini akan dibincangkan pula mengenai kuman yang menyebabkan kulit melecur ataupun dikenali sebagai 'blisters' pada kulit.
Kuman ini dikenali sebagai 'kuman kayap'.

Sebenarnya terdapat dua jenis kuman kayap iaitu:
kuman 'zoster' — kuman 'varicella'
kuman kayap 'simplex'.

Sebilangan besar manusia telah melalui hidup mereka dengan menghadapi masalah sakit kulit disebabkan oleh salah satu daripada dua jenis kuman kayap ini.
Masalah kulit melecur ini adalah merupakan jangkitan yang biasa.
Penyakit ini sebenarnya menyerang manusia tanpa memilih usia, dari kanak-kanak hinggalah kepada orang dewasa.

KAYAP 'ZOSTER'

Boleh dikatakan sebilangan besar orang ramai memang mengetahui akan penyakit kulit jenis ini, walaupun namanya agak aneh sekali.
Tentu anda sendiri pernah melihat beberapa kali sahabat ataupun saudara mara yang mengidap penyakit ini, ataupun pernah merasainya sendiri.
Penyakit ini berbentuk kudis yang melecur berwarna kemerah-merahan yang rasanya gatal dan merenyam. Biasanya kayap jenis ini digelar oleh orang Melayu sebagai 'kayap ular' yang merebak dari tengah belakang hingga ke bahagian depan, tidak ubah bagaikan ular yang melenggar mengelilingi tubuh badan.
Ada juga kepercayaan mengatakan bila 'kayap ular' ini bertemu di bahagian depan, pengidapnya akan mati. Bagaimanapun dari pengalaman doktor perkara ini jarang berlaku. Kuman yang menyebabkan kayap ular atau kayap 'zoster' ini adalah sama bentuknya dengan kuman yang menyebabkan penyakit cacar air(varicella).

Kajian telah menunjukkan di antara kedua kuman kayap dan kuman cacar air ini tidak ada bezanya dari segi rupa bentuknya.
Adalah dipercayai, yang kayap ular ini terjadi akibat daripada kuman cacar air yang mula aktif setelah tertinggal dalam urat saraf 'rasa' (urat saraf 'rasa' adalah urat saraf yang boleh membuat seseorang itu merasa sesuatu) setelah diserang penyakit cacar air.
Penyakit cacar air memang penyakit kanak-kanak yang berusia di antara dua hingga enam tahun. Kayap ular memanglah luar biasa bagi kanak-kanak yang berusia 15 tahun ke bawah dan lebih daripada setengah kes, pengidap kayap ular adalah mereka yang berusia 45 tahun ke atas.

Kayap ular boleh menyerang seseorang dewasa sebaik-baik setelah tiga hingga lima hari dia terdedah kepada penyakit cacar air.Penyakit ini juga boleh merosakkan urat saraf 'rasa' seseorang seperti juga disebabkan oleh penyakit batuk kering, barah dan leukemia.
Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab.
Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf 'rasa' dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa
.
Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf 'rasa' yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf 'rasa' berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf 'rasa'.
Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.
Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja.
Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf 'rasa' di bahagian' mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi.
Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.
Jika mata turut diserang ia kelihat-an merah dan berlakulah apa yang di-katakan 'conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf 'rasa' akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf 'rasa'.
Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sembuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.
Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat.

Kesakitan ini digelar 'Post-Herpetic Neuralgia' dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.
Dari penyakit ini telah timbul berbagai kepercayaan dan juga aneka jenis rawatan yang disyorkan. Ramai juga yakin bahawa kayap ular ini boleh dirawat cara tradisional.
Sebenarnya, kayap ular ini mempunyai proses yang natural, setelah menyerang kulit, akhirnya ia akan sembuh juga walaupun memakan masa yang panjang.
Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria.
Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan.
Sementara itu ubat sapu yang ber-bentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku. Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.
Rawatan untuk kayap di mata pula hanya memerlukan ubat mata khas yang diberikan oleh doktor.

KAYAP 'SIMPLEX'

Terdapat dua jenis kuman kayap 'simplex' yang dinamakan Jenis I dan Jenis II.
Kayap 'simplex' Jenis I menyebabkan jangkitan pada kulit. Kayap 'simplex' Jenis II kebanyakannya menyerang organ seks.Kayap Jenis II ini lazimnya adalah penyakit berjangkit melalui hubungan kelamin dan tidak akan dibincangkan dalam rencana kali ini.
Kayap 'simplex' adalah merupakan penyakit yang disebabkan oleh kuman yang paling kerap menyerang kulit. Penyakit ini juga sering menyerang orang lelaki dan biasanya terdapat di negara negara yang beriklim tidak begitu panas dan tidak begitu sejuk.
Adalah didapati kira-kira 60 peratus daripada orang-orang dalam sesebuah negara ini mengidap penyakit kayap 'simplex' ini dan juga menjadi pembawa penyakit ini di sepanjang mereka.
Sebagai perbandingan, walaupun kejadian penyakit ini agak jarang berlaku ke atas orang-orang di sini tetapi kejadiannya semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Jangkitan berlaku ke atas seseorang buat kalinya dalam hidup seseorang dalam masa lima tahun yang pertama. Ini dinamakan 'Jangkitan awalan' dan ia juga boleh berlaku bila seseorang itu telah dewasa. Mungkin Jangkitan awalan ini berlaku dan berlalu tanpa diberikan perhatian. Bagaimanapun, lazimnya ia akan menjadi bertambah buruk sekiranya berlaku sesuatu yang boleh menggalakkan pertumbuhannya.
Pada kebiasaannya, Jangkitan berlaku di bahagian keliling bibir ataupun pipi.
Rupanya ialah ruam merah yang bertompok-tompok dan kadang-kadang akan melecur.
Bila ruam itu telah melecur ia akan mengakibatkan 'ulcer' ataupun bisul kecil. Kerap kali kita mengidap 'ulcer' di bahagian dalam mulut, gusi dan lelangit.
Jangkitan Jenis awalan ini juga boleh menyerang mata dan menyebabkan 'acute follicular conjunctivitis'. Jangkitan awalan ini lazimnya akan mula reda dalam masa 10 hingga 14 hari, tetapi kumannya akan tertinggal dalam sel mulut.
Bila keadaan kesihatan terganggu dan tubuh badan menjadi lemah, maka kuman itu akan mula bertindak untuk menyerang semula.
Jangkitan kali kedua ini digelar 'Jangkitan kedua' dan berkemungkinan akan berlaku beberapa kali untuk tahun-tahun yang akan datang.
Bagi ruam dan kulit yang melecur dan yang lebih kecil akan sembuh dalam masa singkat iaitu dari tujuh hingga 10 hari. Kesakitan yang dirasakan juga kurang dan bagi Jangkitan awalan pengi-dapnya tidak merasakan sebarang kesakitan.

Rawatan bagi Jangkitan kayap 'simplex' agak sama dengan rawatan Jangkitan kayap ular, iaitu mengurangkan kesakitan dengan pil dan mencegah Jangkitan bakteria.
Sebenarnya tidak ada cara yang paling berkesan untuk mencegah Jangkitan kedua kayap ini daripada berlaku berulang-ulang.
Setiap Jangkitan akan dirawat dengan cara yang sama bila berlaku.

ECZEMA,HERPETCUM
Kuman kayap 'simplex' juga boleh menyebabkan jangkitan kedua ke atas kulit yang rosak akibat eczema.
Kejadian ini sering berlaku ke atas bayi.
Lazimnya bayi ataupun kanak-kanak kecil mengidap 'atopic eczema' akibat berjangkit kerana terdedah kepada orang dewasa yang mengidap kayap 'simplex'.
Akibat jangkitan ini dinamakan 'eczema herpeticum'. Berlakunya ini mungkin akibat daripada suntikan cacar yang diberikan kepada bayi.
Anak itu akan mengidap deman yang tinggi dan bahagian yang berlaku eczema akan melecur buat selama seminggu ataupun lebih.
Kerana itu anak-anak yang mengidap eczema tidak sepatutnya disuntik dengan suntikan cacar dan hendaklah dilindungi daripada terdedah kepada sesiapa sahaja yang baru disuntik ataupun mengidap kayap 'simplex'.

Ini sesuailah dengan kata-kata:
Mencegah lebih baik daripada merawat.

Rabu, 3 Disember 2008

Jasa Kiyai Salleh Panglima..

ALLAHYARHAM TUAN HAJI KIYAI SALLEH PANGLIMA BERSAMA POLIS LAUT JOHOR.

"SEKIRANYA tiada Panglima Salleh, mungkin tidak ramai penduduk asal Batu Pahat dan Muar di Johor yang masih hidup ketika ini kerana mereka mungkin mati dibunuh komunis,"

Demikian ulas penulis yang juga pakar motivasi, Dr HM Tuah Iskandar ketika mengenang kembali sejarah perjuangan Salleh Abdul Karim yang kini semakin dilupakan ramai pihak. Beliau berkata, jasa Panglima Salleh amat besar malah mungkin setaraf dengan perjuangan tokoh terdahulu seperti Tok Janggut dan Mat Kilau tetapi melewati masa, nama pahlawan itu semakin dilupakan dan tidak mustahil akan hilang dalam catatan sejarah negara, suatu hari nanti."Walaupun tidak banyak catatan mengenai perjuangan dan kehidupan beliau yang direkodkan dalam sejarah tanah air, nama Panglima Salleh tetap kekal diingati dan disebarkan menerusi lisan oleh penduduk sekitar Batu Pahat dan Muar.
"Walaupun hampir setengah abad tokoh pahlawan itu meninggal dunia, kisah keperwiraan Panglima Salleh tetap diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya di Johor dan semangat beliau dijadikan teladan buat anak muda hari ini," katanya.

Sememangnya benar berbanding dengan nama pahlawan lain seperti Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Tok Gajah atau Leftenan Adnan, mungkin ramai tidak mengenali siapakah Salleh Abdul Karim yang turut digelar Panglima Salleh.Sumbangan Panglima Salleh amat besar, ketika komunis mengganas dengan menyeksa dan membunuh kejam penduduk tempatan sekitar Batu Pahat dan Muar, tokoh itu bangun 'mengamuk' menentang pengkhianat negara itu bagi mempertahankan maruah bangsa.Tentangan hebat diberikan Panglima Salleh dan pasukan 'Tentera Selempang Merah' yang ditubuhkannya menyebabkan nama tokoh itu digeruni komunis sehinggakan mereka tidak berani lagi bermaharajalela dan menganiaya penduduk sekitar daerah berkenaan sesuka hati."Apa yang mengagumkan saya adalah Panglima Salleh sanggup 'turun padang' untuk bertempur dan memerangi sendiri askar komunis, beliau tidak takut mati malah sanggup mempertaruhkan darah dan nyawanya sendiri demi membela agama dan bangsa," katanya.

Menyedari tidak banyak catatan mengenai jasa dan sejarah kehidupan Panglima Salleh yang direkodkan, Dr Tuah mengambil inisiatif mengkaji seterusnya mengabadikan kisah pejuang itu dalam bukunya 'Membina Jati Diri Gemilang'."Riwayat hidup Panglima Salleh bermula apabila beliau dilahirkan di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar pada 1916," kata Dr Tuah seterusnya memulakan kisah perjuangan Panglima Salleh menentang komunis demi membela agama, bangsa dan negara.Keperwiraan Salleh mula diasuh sejak kecil apabila beliau mula menuntut ilmu kepahlawanan daripada beberapa pendekar di Pagoh antaranya Haji Hussein, Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad ketika beliau berusia 13 tahun.Ketika usia mudanya itu, beliau dikenali sebagai seorang yang agak 'nakal'. Ada cakap-cakap mengatakan dia pernah mencuri, bagaimanapun dia menyara hidup dengan menjadi peraih yang mengutip tanaman penduduk kampung untuk dijual di Batu Pahat.Akan tetapi, kehadiran tentera Jepun di Tanah Melayu pada 1941 mula menggugat kehidupannya lalu beliau berpindah ke Seri Medan yang menjadi lubuk Parti Komunis Malaya (PKM) seterusnya ke Parit Gantung, dekat Lopiak.


Pada zaman pemerintahan Jepun, komunis menerusi Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) masih dianggap sebagai antara pejuang penentang penjajah Jepun di Tanah Melayu malah mereka turut mendapat sokongan rakyat tempatan.Berikutan itu, Salleh dipercayai menerima pelawaan PKM supaya menyertai pihak itu dan beliau diberi kepercayaan untuk mengutip cukai daripada penduduk kampung dan peniaga. Salleh juga turut diberi sepucuk pistol oleh PKM.Bagaimanapun, Salleh tidak menyerahkan semua pungutan cukai itu kepada PKM sebaliknya beliau bertindak seumpama 'Robin Hood' apabila mengagihkan pungutan itu kepada penduduk susah dan miskin.Tindakan itu menyebabkan PKM berang dan pada suatu malam, segerombolan komunis bertindak mengepung rumah Salleh. Bagaimanapun, ketika menyerbu masuk, mereka gagal menemui kelibat Salleh walaupun dia memang berada di dalam rumah berkenaan.Mereka mengulangi serbuan selama tujuh malam berturut-turut tetapi masih gagal. Berang dengan kelicikan Salleh menyebabkan komunis memasukkan pemuda itu dalam senarai 'bertanam ubi' iaitu istilah bagi mereka yang akan dihukum bunuh oleh komunis.


Ketika itu PKM mula menunjukkan 'wajah' sebenar mereka. Berita kehilangan penduduk Mukim Empat secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan semakin menjadi-jadi. Selepas seorang, seorang lagi penduduk dilaporkan hilang secara misteri.Penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada suku Banjar dan Jawa mula percaya yang kehilangan saudara mereka adalah angkara komunis berikutan mereka enggan tunduk kepada perintah dan arahan pihak terbabit.Pihak komunis pula mengesyaki penduduk Mukim Empat berpakat dengan tentera Jepun untuk memerangi mereka menyebabkan mereka mula menangkap penduduk yang disyaki seterusnya dihukum bunuh.Kemelut itu akhirnya menyebabkan penduduk tempatan mula menubuhkan 'Persatuan Muhammadiah' dalam usaha menentang komunis. Penduduk juga mula bangkit membela diri dan pembunuhan balas antara komunis dengan penduduk Mukim Empat semakin memuncak.Ketika tentera Jepun di ambang kekalahan, komunis semakin bermaharajalela di Johor. Mereka mula mengganas dan menyeksa penduduk tempatan dengan zalim. Penduduk dibunuh dengan pelbagai cara antaranya ditanam hidup-hidup, diseksa sampai mati, direbus atau diseret di jalan sehingga ratusan penduduk menjadi mangsa mereka.


Pertemuan Salleh dengan seorang tokoh iaitu Haji Kadri pada petang 4 April 1945 akhirnya mula membenihkan semangat juang demi membela agama, bangsa dan tanah air di dalam hati sanubarinya.* Ada dikatakan Kiyai Salleh juga belajar dengan Syeikh Kiyai Haji Fadhil bin Haji Abu Bakar al-Banten (Kiyai Fadhil) ulama' tasauf dan tarikat yang amat masyur ketika itu. Kesedaran tulus itu menyebabkan Salleh mula bangkit menentang komunis. Dengan pedang pusaka Raja Riau disisip di pinggang, berpakaian serba hitam, Salleh mula melangkah gagah memasuki gelanggang perang bersama doa dan bacaan ayat suci yang dibaca berulang kali.Penyertaan Salleh dalam penentangan terhadap komunis menyebabkan namanya dicalonkan Haji Kadri supaya memimpin Persatuan Muhammadiah selepas pemimpin sebelum itu, Ijam Ahmad menarik diri.Walaupun pada mulanya ada ahli tidak bersetuju dengan pencalonan Salleh berikutan ‘kenakalan’ tokoh itu ketika muda, akhirnya semua ahli akur untuk menerima Salleh sebagai pemimpin persatuan itu.Ini berikutan Salleh dikenali sebagai seorang yang hebat dalam ilmu persilatan dan tinggi ilmu batin malah sikap gagah berani tokoh itu dilihat amat sesuai untuk mengepalai pasukan perang menentang komunis.


Sebaik dilantik, Salleh mula menyusun strategi dan mengumpul anak muda yang tidak gentar atau lemah semangat untuk bersama-samanya bertempur. Anak muda itu diajar amalan tertentu bagi menguatkan aspek kebatinan masing-masing.Seterusnya di bawah pimpinan Salleh, serangan demi serangan mula dilancarkan pasukannya yang turut digelar 'Tentera Selempang Merah'. Serangan Tentera Selempang Merah terhadap komunis tercetus di seluruh Batu Pahat dan Muar.Selain serangan secara berpasukan, Salleh juga bertindak berani apabila berbasikal seorang diri hampir setiap malam semata-mata untuk mencari komunis bagi dibunuh dan dicantas kepalanya.Di bawah bimbingan Salleh, semangat perjuangan di kalangan penduduk ketika itu amat berkobar-kobar dan mereka mula merancang satu serangan besar-besaran terhadap komunis di Bandar Penggaram.Bagaimanapun, serangan itu berjaya dihalang Datuk Onn Jaafar dan tokoh politik itu sebaliknya cuba mengaturkan perdamaian antara pihak Salleh dengan komunis.


Lalu pada 15 September 1945, pada satu pertemuan di Tangkak, Muar, akhirnya pemimpin PKM dan Salleh akur untuk mengadakan perdamaian selepas tiga hari berbincang.Bagaimanapun, perjanjian damai itu akhirnya dikhianati komunis apabila mereka terus melakukan angkara dan membunuh kejam penduduk tempatan terutama apabila Jepun menyerah kalah.Pengkhianatan itu segera membangkitkan kemarahan Salleh dan beliau kembali mengumpul pasukan Tentera Selempang Merahnya untuk kembali menentang komunis Bintang Tiga itu. Serangan berterusan dan semakin ramai komunis yang maut di tangan pahlawan itu.Jasa Salleh dalam usaha menghapuskan komunis menyebabkan Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim memberi gelaran 'Panglima' kepadanya pada 26 Disember 1945 malah beliau turut dilantik sebagai Penghulu Mukim Empat, Batu Pahat.


Selepas menabur begitu banyak jasa terhadap agama, bangsa dan tanah air, Panglima Salleh akhirnya meninggal dunia di Hospital Besar Johor Bahru pada 21 April 1959 iaitu selepas hampir dua tahun negara beroleh kemerdekaan.Tokoh pahlawan itu meninggal dunia akibat penyakit bengkak paru-paru sekali gus meninggalkan nama dan keperwiraannya sebagai sebuah kisah pejuang ulung yang meniti daripada bibir ke bibir.Komunis terkejut tubuh tak lut peluruSELAIN semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang begitu membara, kehebatan Panglima Salleh dipercayai terletak pada kekuatan ilmu batin yang dikuasainya sehingga menyebabkan ramai komunis takut untuk berhadapan dengan tokoh itu.


Pengkaji yang juga penulis novel sejarah, Zaharah Nawawi, berkata berdasarkan kajiannya mengenai sejarah hidup dan perjuangan Panglima Salleh, ramai kenalan atau pihak yang mengenali tokoh itu menceritakan bahawa kekuatan ilmu batinnya menyebabkan beliau mampu melakukan beberapa perkara luar biasa."Mengikut cerita, beliau boleh menjelma seperti kucing, menyelinap masuk ke dalam rumah daripada celah lubang yang kecil malah boleh mengghaibkan dirinya."Bagaimanapun, beliau menggunakan ilmu batin yang dikuasainya ke arah kebaikan iaitu dengan memerangi komunis," katanya yang mengabadikan kisah perjuangan Panglima Salleh dalam novelnya 'Panglima Salleh Selempang Merah' yang diterbitkan pada 1988.Zaharah berkata, kehebatan ilmu batin Panglima Salleh juga menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh sehingga menyebabkan komunis berasa gerun tatkala berhadapan dengan tokoh itu ketika pertempuran."Bayangkan, peluru komunis macam hujan tetapi tidak kena pada jasadnya, yang kena hanya batang pokok. Ketika itu komunis melihat tubuh Panglima Salleh menjadi gergasi dan mereka menembak ke atas jadi kena pokok saja."Ketika Panglima Salleh pergi ke Batu Pahat pula, seluruh bandar sunyi sepi kerana musuhnya melihat di langit tertera kelibat gergasi hitam menyebabkan mereka takut dan melarikan diri," katanya.


Katanya, antara kehebatan Panglima Salleh yang menjadi buah mulut ramai pihak adalah cerita mengenai komunis yang melihat parang milik Tentera Selempang Merah terbang mencari kepala mereka untuk dicantas ketika pertempuran.Pasukan Panglima Salleh juga dikatakan menggempur komunis dengan menggunakan senjata tradisional seperti parang dan tombak walaupun pengganas itu menggunakan senjata api.Panglima Salleh sendiri memiliki sebilah pedang luar biasa yang diperoleh beliau di Kampung Tebing Tinggi. Pedang istimewa warisan pusaka Raja Riau itu diberikan seorang lelaki bernama Taib sebagai bayaran tukaran kepada segantang beras yang ingin dibeli Taib daripada Salleh. Pedang itu dikatakan mampu memberi tujuh kesan cantas dengan sekali libasan.Zaharah berkata, tubuh fizikal Panglima Salleh hanyalah kecil tetapi semangat dan keberaniannya menyebabkan beliau tidak gentar menentang komunis malah turut sama menyertai pertempuran.

Panglima Salleh juga dikatakan memiliki kebolehan melentur besi.Sebelum turun untuk memerangi komunis, Panglima Salleh akan melakukan amal ibadat tertentu antaranya berpuasa, berzikir serta mengamalkan bacaan wirid tertentu malah kaedah persediaan serupa turut dilakukan pengikutnya."Sebelum bertempur, Panglima Salleh akan memilih pengikut berasingan mengikut kampung, beliau akan memilih pengikut yang tidak terlalu tua atau terlalu muda dan akan menepuk bahu bagi menguji tahap keberanian pengikut yang ingin menyertainya berperang."Selepas itu beliau akan menyuruh pengikut terbabit berkumpul di rumahnya untuk melakukan persediaan dengan beramal ibadat, solat hajat dan menikmati jamuan," katanya.Seterusnya semua pengikut terbabit akan meminum air dari tempayan yang dijampi Panglima Salleh malah beliau akan memberi secebis kain merah kepada setiap daripada mereka."Ramai beranggapan yang Panglima Salleh dan anak muridnya yang menerima cebisan kain itu kebal tetapi mengikut seorang daripada pengikutnya, mereka semua tidak kebal.*

Ada juga diceritakan beliau sendiri turut tercedera dibahu terkena tikaman tombak semasa berperang, ini menunjukan beliau tidaklah kebal sebagaimana yang diwar-warkan, perlu diingat bahawa perkara yang mencarik adat biasa terjadi kepada hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa, jika seseorang itu kejap dan kukuh tauhidnya tulus tawakkalnya kepada Allah memang harus bagi Allah mengurniakan keramat atau maunah kepada hambaNya yang dikehendaki, para pendekar dan hulubalang islam berjuang untuk menegakkan addin atau mati dijalan Allah, syahid matlamat kita dan mereka, bagaimana mungkin pejuang islam menuntut ilmu kebal untuk mengelak diri dari mati, terlebih lagi dari mati syahid dijalan Allah..bagi saya kebalnya dari peluru, tak lut senjata berasal dari kebalnya hati dan iman dari panahan syaitan, itulah kekebalan para pejuang islam. Terkadang Allah mengurniakan kemuliaan atau menzahirkan keramat untuk mengejapkan iman hambanya, inilah rahsia kurniaan ilahi kepada hambaNya yang bertakwa.. kebalnya hati sanubari terzahir di jasad kebal dari senjata. wallahuaklam. (muhibmahbub)"Panglima Salleh memberi cebisan kain merah dan menjampi air tempayan untuk diminum pengikutnya sebagai permainan psikologi, supaya pengikutnya lebih bersemangat dan yakin ketika bertempur. Mungkin kain merah itu diberi supaya beliau dapat membezakan pengikutnya dengan komunis apabila terkorban," katanya.


PROFIL: Kiyai Salleh Abdul Karim*
Gelaran lain: Panglima Salleh, Kiyai Salleh, Cikgu Salleh, Penghulu Salleh, Salleh Hitam, Salleh Keling*

Tahun lahir: 1916*

Tempat lahir: Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar, Johor*

Tarikh meninggal: 21 April 1959*

Sumbangan: Tokoh pejuang menentang komunis di Batu Pahat dan Muar, Johor.

Artikel tulisan Nasron Sira Rahim dalam Berita Harian

p/s: Banyak versi aku dengar tentang Kiyai Salleh ini..tapi aku lebih percaya sumber dari orang yang pernah menyertai kempen perang menentang komunis beliau..tapi komen Zahrah Nawawi tu rasenye mcm melampaula plak..siap boleh jd kucing la apela..x penah dgr pun..hehehe:D..

Isnin, 1 Disember 2008

Hanya untukMu Ya Rabbi..

Tuhan,

apa guna kawan2 disisi..bila Kau tiada disisi..
apa guna harta berjuta..bila Kau tiada disisi..
apa guna perempuan yg cantik..bila Kau tiada disisi..

Tuhan,

Hidup ini tidak bermakna tanpa Kau disisi..
Hidup ini tidak keruan tanpa Kau disisi..
Aku rasakan seolah2 hidup ini tidak berguna lagi..Tanpa Kau disisi..

Tuhan,

Kerana aku mencari redhaMu Tuhan..
RedhaMu sumber kekuatanku..
Ku mencari restuMu ya Rabbi..
RestuMu menjaminku dunia dan akhirat..
Ku mencari tauhid dan hidayahMu Tuhan..
Sebagai panduan hidupku..
Ku mencari diriMu..
Kerna aku ingin mengenaliMu..

Ya Tuhan..

Jangan kau lari dari diriku ini..
Walaupun diriku ini bergelumang dengan dosa..
Walaupun diriku ini lalai dan alpa..
Walaupun diriku ini bodoh dan sombong terhadapMu Ya Tuhan..
Jauh disudut hatiku aku masih perlukanMu..
Jangan Kau lari dari diriku ini..
Kerna..tanpa diriMu..hidupku dah tak berguna lagi..

Sang Rajuna Tapa
18 November 2008

Hati ini dalam kerinduan..

Ya Tuhan..

Apa kerinduan itu?
Aku sendiri pun tidak tahu apa itu rindu..
Sering aku baca dalam novel2 cinta..
Sering aku baca dalam kitab2 sufi..
Tentang kerinduan kekasih kepada kekasih..
tapi aku berfikir apakah hebatkah rindu itu..
Hingga membuatkan seseorg itu merana..
Hingga seseorg itu sanggup melakukan apa saja demi kekasihnya yg dia cintai..
Baru kini aku faham apa itu rindu..
Baru kini ku faham apa itu tangisan dalam kerinduan..
Baru kini aku faham betapa sakitnya dan merananya diri ini menanggung rindu..
seperti yang byk tertulis dalam lagu2 cinta..

Ya Tuhan..

tidak kusangka sebegini hebatnya rasa kerinduanku ini..
Seperti mau pecah dadaku ini..
seperti mau pecah segala tangisanku..
hanya semata2 aku merindui sidia..
Memang kerinduan itu umpama jarum..
makin dicucuk semakin sakit..makin ditelan semakin pahit..

Ya Tuhan..

hanya Engkau sahaja yang tahu didalam hati hambaMu ini..
Betapa dirinya ini dalam kerinduan..
Kerinduan yg teramat sangat..
Tetapi didalam hatiku ini ada seperti yang berbisik..
Benarkah sidia turut merasai apa yang aku rasa..
Atau membuat tidak tahu sahaja seperti tiada apa2 yg berlaku..
Ingin aku tangisi kerana kerinduan ini..
Akan tetapi sifat seorang lelaki..yang masih ego..
Kononnya lelaki 'macho' tidak menangis..
Akan tetapi..andai sidia mengerti..
Betapa aku merinduinya..dan betapa aku memerlukannya..
Akanku sanggup membuat apa sahaja demi untuk sidia semata2..

Ya Tuhan..
andainya dia untukku..dia jodohku..
Dekatilah kami..restuilah kami..
Tanpa restuMu..hidupku ini tidak bermakna..
Tanpa belas dan ihsanMu..aku takkan kemana-mana..
Tidak dapat kutahan kerinduan ini Ya allah..
Semakin hari semakin sakit..semakin hari semakin pedih..
Ibarat mata pedang menusuk kalbuku ini..

Ya Tuhan..

Andai dia bukan jodohku..
berikanlah kekuatan kepadaku..
Untuk melawan rasa kerinduan ini dan melupakannya..
Akan tetapi masih adakah lagi perempuan yang sepertinya..
Yang bisa membuatkan hatiku rasa sehebat ini..
Akan tetapi harus aku akui..
Dialah wanita yang paling hebat..
Kerna bisa membuatkan aku begini..
Seorang lelaki hampir2 merana hanya kerna seorang wanita..

p/s: Cinta dan rindu umpama meletakkan diri di tepi gaung yg tinggi..tapi kenapa lelaki dan perempuan berpusu2 utk terjun ke dlmnya..hairan kan?sendiri pikirla..:)

Sang Rajuna Tapa
14 Ogos 2008