Ahad, 16 November 2008

Pemimpin yang kukagumi..A Tribute to Tun Dr Mahathir Mohamad

Sape x kenal dengan tokoh ini?die bukan saje terkenal saje di Malaysia..tp di seluruh dunia..sebagai pemimpin paling 'outspoken' dan menentang segala dasar2 yg dikemukan yg Barat..melalui diela kite mengetahui bhw dasar globalisasi atau dasar langit terbuka yg dijaja oleh Amerika Syarikat mempunyai helah yg ckp kotor dimana secare ironinya segala perusahaan2 besar Amerika dan kroni2nye yg secara proksinye ditadbir oleh Yahudi akan menguasai pasaran ekonomi dunia dan akan menelan segala pesaing2 mereka yg baru naik dan masih kecil..Mengumpamakan spt perlawanan tinju heavyweight dgn lightweight..Ia adela satu persaingan yg tidak adil..

Ini kerana secare tak langsung Proton pun terlibat dalam percaturan ini..dan dasar ini amat merugikan Proton sendiri..mendatangkan kerugian kepada Proton bermaksud mendatangkan kerugian kepada negara..kerana Proton seperti mana kite tau adalah salah satu tonggak utama negara..selain dari Petronas,TNB,Telekom Malaysia dll..

Sape x igt peristiwa Dawn Attack di Bursa Saham London dimana berlakunya pengambilalihan Guthrie Corp. dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 7 September 1981 dan ia berjaya memulangkan 200,000 ekar tanah pertanian di seluruh negara kpd rakyat Malaysia.Dan juga Dasar Buy British Last pada tahun 1986 dimana pihak Britain secara angkuhnya menolak sumbangan Malaysia dalam menyumbang ekonomi negaranya padahal segala bahan mentah mereka import dari Malaysia.Dan beliau telah mengeluarkan arahan secara langsung mengarahkan kerajaan membeli barangan dari Britain apabila berasa benar2 perlu sahaja..secare x langsung memulaukan barangan made in Britain..dan ini memaksa Lord Cannings datang ke KL meminta maaf kepada Dr Mahathir..

Selain itu juga..beliau juga telah bertanggungjawab mengubah Malaysia daripada negara pertanian kepada negara perindustrian..selepas peristiwa kejatuhan ekonomi pada tahun 80-an dimana harga getah,bijih timah dan bahan2 mentah lain mengalami kejatuhan yang amat teruk dan menyebabkan Malaysia hampir2 bankrap pada ketika itu..dengan dasar perubahan yang amat drastik..beliau telah mengasaskan Proton pada tahun 1985 sebagai perintis ke arah menjadikan Malaysia sbg sebuah negara industri..

Karya2 beliau seperti Malay Dillema atau Dilema Melayu yang mengundang kontroversi yang hebat dan mengakibatkan beliau telah dipecat dari UMNO pada tahun 1969..di dalam buku ini beliau banyak mengutuk orang2 Melayu dan ini mengundang kemarahan Tunku Abdul Rahman..Selain itu..buku Melayu Mudah Lupa..buku ini banyak menceritakan secara terus-terang tentang kelakuan dan perangai orang2 Melayu..dari menjual tanah2 rizab Melayu kepada bangsa asing hinggalah perangai pelajar2 Melayu di IPTA yang sanggup mengabaikan pelajaran semate2 ingin menyertai politik2 kampus..dan banyak buku2 beliau lagi yang menceritakan tentang bangsa Melayu dan ekonomi negara..

Bagi aku..walaupun dalam buku2 beliau byk berbentuk sindiran dan kutukan kepada bangsa Melayu..sebagai orang melayu dan Islam,kite mestilah bermuhasabah diri dan mengkaji silap diri kita..walaupun terase..tp menggaggap bahawa itu adalah sebagai bentuk hinaan adela tidak patut..teguran boleh diwat dlm mcm2 cara..melalui sindiran,kutukan,hinaan dll..jd kite mestila always think positive..terima segala teguran dengan hati terbuka dan sanggup berubah untuk bangsa,agama dan negara..

p/s:wahai saudara2ku sebangsa dan seagama..marilah kite berubah sebelum keadaan mengubah kite..andainya perkare itu berlaku..amat2lah susah bg kite utk bgn semula..

Tiada ulasan: