Selasa, 16 Disember 2008

Penyakit Kayap..Aduhh..bisanya..

Kali ini akan dibincangkan pula mengenai kuman yang menyebabkan kulit melecur ataupun dikenali sebagai 'blisters' pada kulit.
Kuman ini dikenali sebagai 'kuman kayap'.

Sebenarnya terdapat dua jenis kuman kayap iaitu:
kuman 'zoster' — kuman 'varicella'
kuman kayap 'simplex'.

Sebilangan besar manusia telah melalui hidup mereka dengan menghadapi masalah sakit kulit disebabkan oleh salah satu daripada dua jenis kuman kayap ini.
Masalah kulit melecur ini adalah merupakan jangkitan yang biasa.
Penyakit ini sebenarnya menyerang manusia tanpa memilih usia, dari kanak-kanak hinggalah kepada orang dewasa.

KAYAP 'ZOSTER'

Boleh dikatakan sebilangan besar orang ramai memang mengetahui akan penyakit kulit jenis ini, walaupun namanya agak aneh sekali.
Tentu anda sendiri pernah melihat beberapa kali sahabat ataupun saudara mara yang mengidap penyakit ini, ataupun pernah merasainya sendiri.
Penyakit ini berbentuk kudis yang melecur berwarna kemerah-merahan yang rasanya gatal dan merenyam. Biasanya kayap jenis ini digelar oleh orang Melayu sebagai 'kayap ular' yang merebak dari tengah belakang hingga ke bahagian depan, tidak ubah bagaikan ular yang melenggar mengelilingi tubuh badan.
Ada juga kepercayaan mengatakan bila 'kayap ular' ini bertemu di bahagian depan, pengidapnya akan mati. Bagaimanapun dari pengalaman doktor perkara ini jarang berlaku. Kuman yang menyebabkan kayap ular atau kayap 'zoster' ini adalah sama bentuknya dengan kuman yang menyebabkan penyakit cacar air(varicella).

Kajian telah menunjukkan di antara kedua kuman kayap dan kuman cacar air ini tidak ada bezanya dari segi rupa bentuknya.
Adalah dipercayai, yang kayap ular ini terjadi akibat daripada kuman cacar air yang mula aktif setelah tertinggal dalam urat saraf 'rasa' (urat saraf 'rasa' adalah urat saraf yang boleh membuat seseorang itu merasa sesuatu) setelah diserang penyakit cacar air.
Penyakit cacar air memang penyakit kanak-kanak yang berusia di antara dua hingga enam tahun. Kayap ular memanglah luar biasa bagi kanak-kanak yang berusia 15 tahun ke bawah dan lebih daripada setengah kes, pengidap kayap ular adalah mereka yang berusia 45 tahun ke atas.

Kayap ular boleh menyerang seseorang dewasa sebaik-baik setelah tiga hingga lima hari dia terdedah kepada penyakit cacar air.Penyakit ini juga boleh merosakkan urat saraf 'rasa' seseorang seperti juga disebabkan oleh penyakit batuk kering, barah dan leukemia.
Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab.
Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf 'rasa' dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa
.
Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf 'rasa' yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf 'rasa' berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf 'rasa'.
Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.
Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja.
Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf 'rasa' di bahagian' mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi.
Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.
Jika mata turut diserang ia kelihat-an merah dan berlakulah apa yang di-katakan 'conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf 'rasa' akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf 'rasa'.
Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sembuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.
Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat.

Kesakitan ini digelar 'Post-Herpetic Neuralgia' dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.
Dari penyakit ini telah timbul berbagai kepercayaan dan juga aneka jenis rawatan yang disyorkan. Ramai juga yakin bahawa kayap ular ini boleh dirawat cara tradisional.
Sebenarnya, kayap ular ini mempunyai proses yang natural, setelah menyerang kulit, akhirnya ia akan sembuh juga walaupun memakan masa yang panjang.
Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria.
Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan.
Sementara itu ubat sapu yang ber-bentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku. Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.
Rawatan untuk kayap di mata pula hanya memerlukan ubat mata khas yang diberikan oleh doktor.

KAYAP 'SIMPLEX'

Terdapat dua jenis kuman kayap 'simplex' yang dinamakan Jenis I dan Jenis II.
Kayap 'simplex' Jenis I menyebabkan jangkitan pada kulit. Kayap 'simplex' Jenis II kebanyakannya menyerang organ seks.Kayap Jenis II ini lazimnya adalah penyakit berjangkit melalui hubungan kelamin dan tidak akan dibincangkan dalam rencana kali ini.
Kayap 'simplex' adalah merupakan penyakit yang disebabkan oleh kuman yang paling kerap menyerang kulit. Penyakit ini juga sering menyerang orang lelaki dan biasanya terdapat di negara negara yang beriklim tidak begitu panas dan tidak begitu sejuk.
Adalah didapati kira-kira 60 peratus daripada orang-orang dalam sesebuah negara ini mengidap penyakit kayap 'simplex' ini dan juga menjadi pembawa penyakit ini di sepanjang mereka.
Sebagai perbandingan, walaupun kejadian penyakit ini agak jarang berlaku ke atas orang-orang di sini tetapi kejadiannya semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Jangkitan berlaku ke atas seseorang buat kalinya dalam hidup seseorang dalam masa lima tahun yang pertama. Ini dinamakan 'Jangkitan awalan' dan ia juga boleh berlaku bila seseorang itu telah dewasa. Mungkin Jangkitan awalan ini berlaku dan berlalu tanpa diberikan perhatian. Bagaimanapun, lazimnya ia akan menjadi bertambah buruk sekiranya berlaku sesuatu yang boleh menggalakkan pertumbuhannya.
Pada kebiasaannya, Jangkitan berlaku di bahagian keliling bibir ataupun pipi.
Rupanya ialah ruam merah yang bertompok-tompok dan kadang-kadang akan melecur.
Bila ruam itu telah melecur ia akan mengakibatkan 'ulcer' ataupun bisul kecil. Kerap kali kita mengidap 'ulcer' di bahagian dalam mulut, gusi dan lelangit.
Jangkitan Jenis awalan ini juga boleh menyerang mata dan menyebabkan 'acute follicular conjunctivitis'. Jangkitan awalan ini lazimnya akan mula reda dalam masa 10 hingga 14 hari, tetapi kumannya akan tertinggal dalam sel mulut.
Bila keadaan kesihatan terganggu dan tubuh badan menjadi lemah, maka kuman itu akan mula bertindak untuk menyerang semula.
Jangkitan kali kedua ini digelar 'Jangkitan kedua' dan berkemungkinan akan berlaku beberapa kali untuk tahun-tahun yang akan datang.
Bagi ruam dan kulit yang melecur dan yang lebih kecil akan sembuh dalam masa singkat iaitu dari tujuh hingga 10 hari. Kesakitan yang dirasakan juga kurang dan bagi Jangkitan awalan pengi-dapnya tidak merasakan sebarang kesakitan.

Rawatan bagi Jangkitan kayap 'simplex' agak sama dengan rawatan Jangkitan kayap ular, iaitu mengurangkan kesakitan dengan pil dan mencegah Jangkitan bakteria.
Sebenarnya tidak ada cara yang paling berkesan untuk mencegah Jangkitan kedua kayap ini daripada berlaku berulang-ulang.
Setiap Jangkitan akan dirawat dengan cara yang sama bila berlaku.

ECZEMA,HERPETCUM
Kuman kayap 'simplex' juga boleh menyebabkan jangkitan kedua ke atas kulit yang rosak akibat eczema.
Kejadian ini sering berlaku ke atas bayi.
Lazimnya bayi ataupun kanak-kanak kecil mengidap 'atopic eczema' akibat berjangkit kerana terdedah kepada orang dewasa yang mengidap kayap 'simplex'.
Akibat jangkitan ini dinamakan 'eczema herpeticum'. Berlakunya ini mungkin akibat daripada suntikan cacar yang diberikan kepada bayi.
Anak itu akan mengidap deman yang tinggi dan bahagian yang berlaku eczema akan melecur buat selama seminggu ataupun lebih.
Kerana itu anak-anak yang mengidap eczema tidak sepatutnya disuntik dengan suntikan cacar dan hendaklah dilindungi daripada terdedah kepada sesiapa sahaja yang baru disuntik ataupun mengidap kayap 'simplex'.

Ini sesuailah dengan kata-kata:
Mencegah lebih baik daripada merawat.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera! saya lelaki berumur 45 tahun. saya sering mengalami gatal-gatal kulit terutamanya bila berada dalam bilik berhawa dingin. Kulit saya kering dan terpaksa guna losyen pelembap. Baru-baru ni kulit di bahagian perut berhampiran pusat rasa gatal seperti digigit semut api. Kemudian pada keesokannya timbul 3 mata seperti jerawat dan gatal. Dalam masa 24 jam ia merebak ke arah kiri perut dan timbul puluhan jerawat seprti ruam. kemudian ia gatal dan bercampur sakit. Bila jumpa doktor saya diberi tahu itu adalah kayap ular. kini ia merebak ke bahagian belakang pula.Apakah janis rawatan yang sesuai?

Unknown berkata...

Cari buah kecubong sebiji kasi blend lepas tu campurkan setengah botol clorok minum. Insyaallah 2jam kemudian dah X de (kojol)

Farha Pengedar Shaklee Shah Alam berkata...

Pedihnya kayap!!